Image

Syarat Pembukaan Akaun SSPN i

Pendeposit

  1. Warganegara Malaysia.

  2. Berumur 18 tahun keatas atau sebelum mencapai 64 tahun.

Penerima Manfaat

  1. Warganegara Malaysia.

  2. Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun.

  3. Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja.

Lain-lain

  1. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat.

  2. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama.

Penting: Kod dibawah ini perlu di isi semasa pendaftaran secara online, sila catatkan..

Kod Eksekutif PTPTN/ID Ejen000002011

Panduan Mengisi Pembukaan Akaun Secara "Online"

Penting:
Sila fahami langkah-langkah diberikan dibawah ini sebelum membuka akaun SSPN-i dan klik pada gambar panduan untuk paparan lebih jelas.
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Pastikan semua maklumat dilengkap dengan tepat.

  1. Nama Pendeposit (Pendeposit mestilah berumur 18 tahun dan ke atas, cth : nama ibu/bapa/penjaga . Jika pelajar yang berumur 18 tahun ke atas yang membuka akaun untuk diri sendiri, maklumat pendeposit dan penerima manfaat mestilah sama.)
  2. Status Warganegara (paparan automatik)
  3. Pilih keturunan/bangsa pendeposit.
  4. Masukkan nombor MyKad (IC Number) dengan tepat.
  5. Pilih jenis akaun yang sesuai.

Akaun untuk anak/anak jagaan sah >> Sekiranya anak berumur bawah 18 tahun. Bagi pelepasan cukai had umur anak adalah 29 tahun.

Akaun untuk diri sendiri >> mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. Tidak layak pelepasan cukai.

Akaun Lain-Lain >> Pendeposit adalah warganegara Malaysia selain Ibu/Bapa/Penjaga. Tidak layak pelepasan cukai

    6. Pastikan tarikh lahir betul (janaan automatik dari nombor MyKad yang dimasukkan). Pilih tarikh lahir secara manual sekiranya sistem tidak menjana tarikh lahir secara automatik.

7. Masukkan alamat mengikut baris Alamat 1 (wajib), Alamat 2(tidak wajib), Alamat 3(tidak wajib). Maklumat poskod, bandar dan negeri tidak perlu diisi pada ruangan ini.

8. Masukkan poskod. Sistem akan memaparkan poskod dan bandar berdasarkan masukkan poskod anda. Klik pada pilihan poskod tersebut.

9. Masukkan nombor telefon bimbit anda.

10. Masukkan emel anda yang aktif.


11. Masukkan nama Penerima Manfaat (nama anak/jagaan. Jika akaun dibuka untuk diri sendiri, pastikan nama adalah sama dengan nama Pendeposit)
12. Masukkan nombor MyKad Penerima Manfaat.
13. Pilih jantina Penerima Manfaat.
14. Pastikan tarikh lahir betul (janaan automatik dari nombor MyKad yang dimasukkan). Pilih secara manual jika tidak dijana.

15. Masukkan nama waris (jika ada)

16. Masukkan nombor MyKad waris (jika ada)

17. Masukkan nombor telefon waris (jika ada)

 


18. Masukkan amaun deposit pembukaan . Minimum pembukaan ialah RM20.00. Jika akaun dibuka untuk pelepasan cukai , anda boleh melakukan deposit pembukaan terus RM8,000 atau mengikut amaun pelepasan cukai yang anda kehendaki. Tiada had maksimum simpanan ditetapkan.
 
 
19. Masukkan Kod Eksekutif PTPTN / ID Ejen = 000002011 (kod ini adalah kod official Eksekutif  Pemasaran Sepenuh Masa PTPTN bagi pembukaan akaun SSPN-i secara online).
 
 
20. Ketik kotak akuan/pengesahan maklumat.
 
21. Klik Butang Hantar untuk ke langkah pembayaran.

 

22. Pastikan amaun dipaparkan betul seperti dikehendaki dan tekan butang Bayar.

 

23. Pada paparan PTPTN Payment Online Gateway , pilih bank yang dikehendaki bagi pembayaran deposit pembukaan secara online.

24. Masukkan Emel yang sah dan aktif.

25. Tandakan pilihan “I agree with FPX Terms and Conditions”

26. Klik butang “Bayar dengan FPX”.

 

Paparan internet banking mengikut bank yang dipilih akan dipaparkan. Anda perlu melalui proses biasa seperti pembayaran online lain, seperti log masuk, semak maklumat pembayaran, request TAC/OTP/etc dan Bayar. Bagi setiap transaksi yang berjaya , klik butang “Continue With Transaction” dan “Return To FPX” bagi membolehkan resit seperti di bawah dijana.

Contoh Resit Rasmi SSPN bagi pembukaan akaun secara online.

Simpan(Save) atau Cetak(Print) atau screenshot resit tersebut untuk simpanan dan semakan status pembukaan akaun.

Emelkan resit tersebut kepada shahrulazmi@ptptn.gov.my

untuk semakan / pengesahan status akaun segera.

Slip ini adalah paparan maklumat akaun SSPN-i yang telah berjaya dibuka yang perlu disimpan bagi tujuan  rujukan pada masa hadapan.

Untuk membuat penambahan deposit secara mudah , ikuti panduan penambahan di 

 

Sila sertakan (attach) Resit Pembukaan Akaun atau Resit FPX ke emel rasmi Eksekutif Pemasaran PTPTN shahrulazmi@ptptn.gov.my untuk mendapatkan Slip Akuan Pembukaan Akaun SSPN-i anda seperti contoh di bawah.

slip pembukaan

Pastikan anda isi Kod Eksekutif PTPTN/ID EJEN : 000002011Kod Eksekutif PTPTNatauID Ejen 000002011000002011.

Jangan bertangguh lagi, mulakan tabung simpanan pendidikan buat yang teristimewa serta nikmati pelbagai keistimewaan diberikan, "online jer" buat persediaan awal untuk masa hadapan keluarga anda...