

SIMPAN SSPN Prime

Pengenalan Simpan SSPN Prime
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.
Kini, selepas 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i telah dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.
Keistimewaan SSPN Prime

Syarat Syarat Pembukaan



Untuk makluman kepada semua pelanggan SSPN dihargai,
ia terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2018 (“akaun yang layak”) dan embuat penambahan simpanan terkumpul sekurang-kurangnya RM500 pada akaun yang layak (tidak termasuk dividen tahun semasa). Kini tiba masanya untuk anda membuat simpanan deposit atau pembukaan akaun sebelum tamat promosi yang diberikan ini. Jangan lepaskan tawaran terhad ini.
#StayAtHome #LoveSSPN #SafeWin#SSPNIONLINE

